Saturday, December 31, 2011

Peraduan Blog Tercantik....







hari ni  ak nk share 1 peraduan baikkkk punyerr utk semua kaki blogger....
nama peraduan nie  Peraduan Blog Tercantik
nie adalah owner @ penganjur peraduan tu, klu nk follow @ nak detail click je pic mamat tu k.....







peraduan ni takde la GEMPAK sangat tp pd ak ok la kn dr takde langsung kn hehe......
jom lh ramai2 kite join....
APA YG KORANG DAPAT JOIN PERADUAN nie????
ok korang akan dapat 
Wang Tunai (RM), Software Blog Template Maker & Html WEB editor

peraduan nie xsusah pn : ok nie syarat & peraturan die 

>> syarat dr owner <<

♥ korang kene jadi follower aku  (sebab aku nak follow up balik)
♥ Buat entri pasal peraduan nihhhhh
♥ Belog kene kemas dan cantik
♥ Kene tag pada kawan2 korang seramai yg boleyyyy (LIMIT 5 ORANG - mereka wajib tau!)
♥ sila link kan blog korang kat ruangan komen
♥ TARIKH TUTUP aku akan umum kan pada 15 JANUARY 2012

SYARAT PENAMBAHAN! 
♥ TOLONG BERI LINK YANG BETUL!!!!
♥ JIKA LINK KORANG SALAH.. (TIDAK AKAN DILAYAN)
♥ SETIAP PENILAIAN AKAN DIAMBIL KIRA DARI SEGI KREATIVITI BLOG KORANG. DAN JUGA DINILAI MELALU KEHENDAK SYARAT DIATAS!!!
♥ TERBUKA KEPADA LELAKI DAN WANITA



 ok hadiah2 dia hanye utk pemenang tmpat pertama, kedua & ketiga tp kemungkinan ada hadiah saguhati pada yg bertuah itu pun kalau ad sambutan yg memberangsangkan dr u all, so ap tunggu lagi??
jom lah join .....

Hadiah utk tempat :

PERTAMA 
akan memenangi wang tunai berjumlah "RM70.00" bersama "Software blog template maker" dan juga "Html WEB editor"


KEDUA
wang tunai  RM50.00 dan juga Software Blogger Template Maker

KETIGA
wang tunai berjumlah RM30.00


haaaa mcm mne ok tak hadiah dia?? ok lah kn??
ok lah apa tunggu lagi jom lah kite ramai2 join k utk memeriahkan & memberi semangat & memberi saingan yg sihat kepada kaki blogger sekalian..hehe
SELAMAT MENCUBA & SEMOGA BERJAYA......

Tuesday, December 27, 2011

Amalan

Ape amalan yang selalu korang buat kat rumah??? hurmmm aku ni takde la berapa arif bekenaan sangat dengan amalan kehidupan seharian ni. tapi tak salah untuk aku kongsi dengan apa yang sememangnya kita patut kongsikan betul tak?? jom kita cuba amalkan resepi kehidupan nih yer... 



Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


 
Empat perkara melemahkan badan
 
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
 
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
 

Empat perkara merosakkan mata
 
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
 
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama








Monday, December 26, 2011

Cerita Si Tabib



Pembasuh Dosa & Pencuci Hati

PEMUDA :

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

TABIB :

si tabib itu menjelaskan:



"Ambillah sepuluh macam ramuan:



Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),

Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,

Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,

Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,

Masukkan dalam kuali taqwa,

Lalu tuangkanlah padanya air malu,

Didihkanlah dengan api mahabbah,

Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,

Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,

Lalu minum dengan sudu pujian.




amalan untuk lembutkan hati....

Bacalah surah al-Hasyr ayat 21 yang bermaksud:


لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعاً مُّتَصَدِّعاً مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ تَفَكَّرُونَ
Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Kemudian diikuti dengan bacaan Thaaha, ayat 1-5 yang bermaksud:


Thaaha. Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah. Sebaliknya sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah.Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas Arasy. Kepunyaanlahlah semua yang ada di langit, di bumi di antara keduanya dan semua yang ada di bawah tanah.

Selepas itu, bacalah surah al-Fatihah, ayat Kursi, Surah al-Ikhlas, Kafirun, An-Nas dan akhir sekali, ditutup dengan doa.

Ya Allah, Kau lembutkanlah hati ku, sebagaimana Kau melembutkan besi Nabi Daud.